Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, October 17, 2010

Anugerah selepas ujian

Ingin ku panjatkan kesyukuran kepada Nya kerana menganugerahkan Aina Farhana kepada ku. Terima kasih Ya Allah...... sesungguhnya inilah anugerah yg amat bermakna dalam hidupku.


Sebelum kehadiran Aina, hidupku boleh dikatakan miserable... yer, aku mengalami depression..major deprepssion. Bermula dengan pemergian bonda tercinta, diikuti dengan ayahanda tercinta. Sebagai anak tunggal, mungkin anda boleh bayangkan perasaan ku ketika itu. Rasa terkontang kanting.... seriusnya keadaan ku pada masa itu....boleh di andaikan, sekiranya aku berjumpa doktor, dan doktor berkata kepadaku "Azila, awak cuma ada lagi 2 minggu untuk hidup"....Aku akan berkata "Nak mati? Hrmmm oklah ... i'll prepare for it"....I tak fikir yang I ada semangat nak lawan sakit.


Jelas di sini, hidupku umpama tak ada maknanya. Hidup ka mati ka, aku dah tak kisah.... Ini adalah sesuatu yg tak normal bagi manusia biasa. Walaupun aku tak cuba membunuh diri, tapi ini di kira sebagai "The tought of death" bagi doktor, dan aku dikategorikan sebagai pesakit major depression. Jiwa ku (duniawi) terasa kosong, tak ada apa lagi yg ingin ku kejar di dunia ini, tiada emak, tiada abah, tiada adik beradik. Sebab tu aku tak kisah, nak hidup ka, nak mati ka....pada ku sama saja. Itu dulu.


Kehadiran Aina, benar2 mengubat penyakit depressionku. Dia memberi sinar baru dalam hidup ku. Hari2 merupakan hari yang indah. Perkembangan bayi yang cepat, buatkan aku sentiasa teruja. Setiap hari ada saja perkembangan nya. Lensa camera sentiasa tersedia untukku merakamkan saat manis. Hari pertama dia boleh meniarap, hari pertama dia berdiri dan juga pelbagai gelagatnya.


Kini, kalau doktor berkata kepada ku "Azila, awak cuma ada 2 bulan untuk hidup".... nescaya akan ku cuba sedaya upaya melawan sakit itu. Aku tak mahu mati lagi ( inilah sifat normal seorang manusia...manusia yg nak mati tu tak normal, kecuali yg nak pergi berjuang jihad). Dulu, jarang aku berdoa agar panjang umur...aku cuma berdoa agar di kurniakan tubuh badan yg sihat agar hidupku tak menyusahkan orang lain. Tapi kini, aku tak lupa berdoa agar panjang umur agar aku dapat melihat Aina meningkat dewasa. Aku tak sanggup handak meninggalkan Aina ketika dia masih kecil. Inilah yg memberi kekuatan kepadaku. Kini, aku lebih menjaga pengabilan makanan ku (walaupun aku gagal mencapai berat idaman ku huhuhuhu).


Ya, segalanya berubah kini.... dulu, aku perlu berjumpa dengan psychiatrist setiap bulan, kemudian dikurangkan kepada 2 bulan, dan terbaru...selang 3 bulan. Satu perkembangan yg baik kan. Syukur kepadaMu Ya Allah.. inilah yang dikatakan rahmat di sebalik ujian.

No comments:

Post a Comment