Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, October 21, 2010

Tumbuh gigi sudah


Yeyyy, ada mama dah mula tumbuh gigi... patut laa meragam semacam jer seminggu ni.

Sebenarnya gigi dia tak nampak lagi, tapi kalau rasa gusi bahagian bawah, dah dapat rasa gigi...mungkin dalam 1 mm kot.



Malam Isnin lepas, dia menangis sampai bengkak mata...hari ni (khamis) sekali lagi dia tentrum...Asyik nak berdukung saja. Hari ni, I perasan dia macam mild fever, sebabnya, bila masukkan dia dalam bath tub untuk mandi, dia refuse dan menangis. Biasanya dia suka mandi. malam ni badan dia mula suam2.



Susah jugak ya jadi emak ni...

Sunday, October 17, 2010

Anugerah selepas ujian

Ingin ku panjatkan kesyukuran kepada Nya kerana menganugerahkan Aina Farhana kepada ku. Terima kasih Ya Allah...... sesungguhnya inilah anugerah yg amat bermakna dalam hidupku.


Sebelum kehadiran Aina, hidupku boleh dikatakan miserable... yer, aku mengalami depression..major deprepssion. Bermula dengan pemergian bonda tercinta, diikuti dengan ayahanda tercinta. Sebagai anak tunggal, mungkin anda boleh bayangkan perasaan ku ketika itu. Rasa terkontang kanting.... seriusnya keadaan ku pada masa itu....boleh di andaikan, sekiranya aku berjumpa doktor, dan doktor berkata kepadaku "Azila, awak cuma ada lagi 2 minggu untuk hidup"....Aku akan berkata "Nak mati? Hrmmm oklah ... i'll prepare for it"....I tak fikir yang I ada semangat nak lawan sakit.


Jelas di sini, hidupku umpama tak ada maknanya. Hidup ka mati ka, aku dah tak kisah.... Ini adalah sesuatu yg tak normal bagi manusia biasa. Walaupun aku tak cuba membunuh diri, tapi ini di kira sebagai "The tought of death" bagi doktor, dan aku dikategorikan sebagai pesakit major depression. Jiwa ku (duniawi) terasa kosong, tak ada apa lagi yg ingin ku kejar di dunia ini, tiada emak, tiada abah, tiada adik beradik. Sebab tu aku tak kisah, nak hidup ka, nak mati ka....pada ku sama saja. Itu dulu.


Kehadiran Aina, benar2 mengubat penyakit depressionku. Dia memberi sinar baru dalam hidup ku. Hari2 merupakan hari yang indah. Perkembangan bayi yang cepat, buatkan aku sentiasa teruja. Setiap hari ada saja perkembangan nya. Lensa camera sentiasa tersedia untukku merakamkan saat manis. Hari pertama dia boleh meniarap, hari pertama dia berdiri dan juga pelbagai gelagatnya.


Kini, kalau doktor berkata kepada ku "Azila, awak cuma ada 2 bulan untuk hidup".... nescaya akan ku cuba sedaya upaya melawan sakit itu. Aku tak mahu mati lagi ( inilah sifat normal seorang manusia...manusia yg nak mati tu tak normal, kecuali yg nak pergi berjuang jihad). Dulu, jarang aku berdoa agar panjang umur...aku cuma berdoa agar di kurniakan tubuh badan yg sihat agar hidupku tak menyusahkan orang lain. Tapi kini, aku tak lupa berdoa agar panjang umur agar aku dapat melihat Aina meningkat dewasa. Aku tak sanggup handak meninggalkan Aina ketika dia masih kecil. Inilah yg memberi kekuatan kepadaku. Kini, aku lebih menjaga pengabilan makanan ku (walaupun aku gagal mencapai berat idaman ku huhuhuhu).


Ya, segalanya berubah kini.... dulu, aku perlu berjumpa dengan psychiatrist setiap bulan, kemudian dikurangkan kepada 2 bulan, dan terbaru...selang 3 bulan. Satu perkembangan yg baik kan. Syukur kepadaMu Ya Allah.. inilah yang dikatakan rahmat di sebalik ujian.

AIna dah 8 bulan


From http://www.weaning.com.my/my/child_development/what_to_expect/by_month/curve_step3.htm

Development After 8 Month

Your child is entering his 8th month. His increasing agility and curiosity are opening up new avenues for him. What a joy it is to see him progressing so fast. But it's also a time when you need to be more vigilant than ever.


More strength and better skills
Your child is even stronger, and can hold himself upright on his legs when supported.
He can sit up by himself (but watch that he doesn’t topple over).
Your child can now hold objects between his thumb and forefinger, and move them from one hand to the other.
He also looks around for objects he has lost.



Keep an eye out for danger
Remember to protect the sharp corners of coffee tables.
Protect electrical sockets using socket covers.
Put all your cleaning products and medicines well out of reach.
Don’t leave dried fruits, small sweets or other dangerous objects within his reach.



He is beginning to assert his identity
He is becoming more aware of his own identity, and is eager to let you know. Even if it means screaming until you take notice of him!
Mirror, mirror on the wall... he loves looking in the mirror, admiring his own movements and funny faces.
In time, he will explore different ranges of behaviours and expressions; from cuddly to temperamental,
from smiley to grumpy. He will also show more interest in other children.



Your child’s dietary capabilities
Your child is now able to wait a short while before satisfying his hunger. You can space out his meals a little.
Your child is getting better at coordinating his swallowing and breathing.
He is curious about everything. He loves making new discoveries, and his newfound abilities will help him do just that. Make the most of this phase to develop his diet.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nampak gaya nya kerja mama makin mencabar laa yer...

Sunday, October 10, 2010

Pertama kali Aina ke salun

Dua tiga hari ni, Aina asyik meragam malam. Bukan menangis sebab kembung ke apa, dia merengek. Malam jaga dua tiga kali. I terpaksa mengakui, memang mencabar sebab letih dan mengantuk. "Ishhh apa lagi laa budak ni nak!!!".


Semalam dia merengek lagi... at last, I on aircond, set pada suhu 25 darjah celsius, sekadar suhu nyaman ( I memang jarang on aircond). Alhamdulillah, dia tidur dengan nyenyak sepanjang malam sampai ke pagi. Jam 6 pagi, dia nangis...ok, mama tau, dia dah lapar..bancuh susu, dan dia tidur semula. Pagi ni, I rasa fresh... nikmat rasanya dapat tidur sepanjang malam.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Petang semalam, bawa Aina gi gunting rambut. Rambut dia dah panjang, dah boleh buat tocang. Memang, rambut dia tak padan dengan usia dia 7 bulan 3 minggu...rambut cam budak umur 2 tahun.




Ingatkan dia nak menangis.... rupanya, dia relex jer. Salun ni ada kerusi khas untuk baby.


Cool jer dia..tengok gambar ni, cam tak percaya yg Aina baru 7 bulan 3 minggu. Gud girl :)

Sunday, October 3, 2010

Dah pandai mengemas

Gambar lama: Aina ketika berusia 4 hari... fragile sangat... Ingat lagi, I dah hubiby sama2 pakaikan baju dia sebab takut tangan dia patah..hahahaha... nak masukkan sarung tangan pun terkial2 takut jari dia yg halus terseliuh. She was so tiny.

Kejap jer... Hari ni usia Aina dah 7 bulan setengah. Terasa macam baru jer dukung dia masa dia baru lahir dulu, she was very fragile, dan berat dia semasa lahir 3.2kg.

Sekarang, she is not fragile anymore... dah boleh duduk, merangkak malah berdiri tanpa bantuan. Berat dia pun dah 7.5kg... sekali ganda dari masa dia lahir dulu. Dah besar anak mama.


Dan dia amat lah aktif.... dah pandai buka kabinet TV, dah semalam, dah pandai buka laci... Good girl :)... Budak, kalau tak 'mengemas' rasanya tak normal kot. So, kiranya, sekarng ni I ada 'pembantu rumah baru' laaa...hahaha... pembantu yg tolong 'mengemas'.


Dah pandai selongkar dah... ubat nyamok tu cepat2 I ubah, sorok. I memang tak lepas kan dia main sorang2, at least I pandang dari jauh.



Kabinet TV pun dia dah pandai buka..hai laa anak kesanyangan ku. Satu lagi, dia suka sangat remote astro. Terpaksa laa beli satu untuk dia, tapi tak taruk bateri.

Keseluruhannya..pengalaman jaga Aina tak laa susah sangat. Dia tak pernah sakit, kecuali raya hari tu jer. Itu lah pertama kali dia sakit. Menangis pun...kiranya boleh toleren laa. Menangis bersebab/ bila perlu.


Keseluruhannya dia seorang bayi yang sihat. Badan dia bersemangat, tapi tak over weight. ramai yang tanya, I bagi susu apa? Mula2 dulu..I tak tau, I tanya sedara..dia kata dia bagi susu Enfalac kat anak dia. I tak tau Enfalac tu ada dua, Enfalac biasa dan Enfalac A+. Farmasi tu kasi Enfalac A+, I pun ambik jer laa. I memang tak tau harga pasaran susu baby masa tu, so I dont question much about the price. Alhamdulillah, Aina serasi dengan susu tu. Masuk dua bulan lebih, baru I tahu yg sedara I tu cuma bagi Enfalac biasa jer. Patut laa I rasa budget susu Aina amat lah tinggi, Enfalac A+, harga dia pun plus plus. Lepas tu I tukar ke Enfalac biasa, memandang kan Aina pun makin kuat minum susu. Tak mampu laa mama nak beli Enfalac A+. Alhmdulillah, masa tukar susu, tiada alahan juga pada Aina.


Masuk usia 6 bulan, kami tukar ker Enfapro (Langkah 2 untuk bayi 6 hingga 18 bulan). Makan pulak...susah sikit, Aina tak berapa gemar bubur nasi. Dia suka potato. I tukar2 laa, nasi, potato dan terbaru I bagi dia sweet potato..dia suka sangat sweet potato. Pada masa yg sama, I ajar Aina makanan segera heinz. Bukannya apa, abah Aina rajin travel, dan dia kalau boleh memang nak bawak anak dia ke mana pun dia pergi. Kalau duduk kat hotel, macam mana nak masak bubur nasi? I cuba bentukkan Aina jadi seorang yg versatile dari segi pemakanan. fav Aina nombor satu ialah mash potato KFC. Tapi I tak bagi selalu... sebab ada garam dalam mash potato tu, sekali sekala jer.


Sekarang ni, dah tak der masa nak online selalu. Aina dah semakin aktif dan kurang tidur.

Demam Raya



Tahun ini merupakan raya yg pertama bagi Aina, tapi malangnya, Aina demam dipagi raya. Mungkin sebab lama perjalanan dari KL-KB....12 jam. (Biasanya 6 jam saja). Tapi demamnya tak kuat. Nasib baik abang ipar seorang doktor, tak payah laa pergi klinik.



Tapi lepas tu diikuti dengan selsema, pun tak teruk jugak. I ingatkan OK laa sebab selama ni Aina ok jer, she is a strong girl. Tapi, masa balik ke Kedah, Aina dah mula meragam. Sekejap jer selsema dia dah baik, tapi pernafasan dia masih berbunyi. Balik ke KL, bawa dia check di klinik. Alahaiii...rupanya kahak masuk ke paru2.



Itu lah pengajaran buat I, selsema bukan penyakit yg boleh dianggap remeh. Once kahak dah masuk paru2, bahaya, boleh jadi asma. Dan, biasalaa kalau baby tak sihat, dia meragam.



4 hari berturut Aina dapat kan rawatan nebulizer...alhamdulillah, tadi doktor dah check, katanya paru2 Aina dah clear. Alhamdulillah....



Inilah pengalaman pertama I dengan baby yg sakit...memang memenatkan. She keep crying, but i dont know what is wrong.



OK laa Aina dah nagis lagi.... tak boleh cerita panjang2.