Alhamdulillah, Aina dah pun berusia 3 bulan 1 minggu. Minggu lepas bawa Aina gi klinik untuk pemeriksaan bulanan. Berat Aina dah 5.7kg, sementara panjangnya pula 58.5cm. I suka ke klinik sebab dapat berbual-bual dengan ibu-ibu lain, dapat berkongsi pengalaman mereka. Yer laa..I dah tak ada emak, jadi I jaga Aina sendiri, berpandukan pada buku dan apa yang nurse bagitahu. Petua-petua orang tua, I memang tak berapa tahu. Ini laa masanya, I belajar dari ibu2 yg dah berpengalaman.
Rasanya, sepanjang pemerhatian I, baby-baby yang sebaya dengan Aina, Aina ialah antara baby yg besar. Orang keluar jer, I sibuk tanya, berapa berat baby you... I memang suker jadi tukang sibuk hehehehe.. Satu lagi, I perasan, baby yang tak dipakaikan sarung tangan dah boleh pegang benda. Berbanding dengan baby yang masih memakai sarung tangan.
Tengok laa...muka Mr Spongebob dah kena cekau dengan Aina.
Masa kunjungan bulan pertama dulu, nurse dah bagitau bahawa tak payah pakaikan sarung tangan untuk menggalakkan/mengaktifkan motor kecil iaitu jari-jari. Ini memang bertentangan dengan amalan orang dahulu, dimana ibu-ibu takut baby tu lukakan mukanya. Tapi, pengalaman I... I pastikan kukunya dipotong selang 3 hari. Alhamdulillah, tak ada calar di muka Aina.
Hidung si Tony ni pun dah kena cekau dengan Aina.

No comments:
Post a Comment