Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 26, 2010


Alhamdulillah, Aina dah pun berusia 3 bulan 1 minggu. Minggu lepas bawa Aina gi klinik untuk pemeriksaan bulanan. Berat Aina dah 5.7kg, sementara panjangnya pula 58.5cm. I suka ke klinik sebab dapat berbual-bual dengan ibu-ibu lain, dapat berkongsi pengalaman mereka. Yer laa..I dah tak ada emak, jadi I jaga Aina sendiri, berpandukan pada buku dan apa yang nurse bagitahu. Petua-petua orang tua, I memang tak berapa tahu. Ini laa masanya, I belajar dari ibu2 yg dah berpengalaman.

Rasanya, sepanjang pemerhatian I, baby-baby yang sebaya dengan Aina, Aina ialah antara baby yg besar. Orang keluar jer, I sibuk tanya, berapa berat baby you... I memang suker jadi tukang sibuk hehehehe.. Satu lagi, I perasan, baby yang tak dipakaikan sarung tangan dah boleh pegang benda. Berbanding dengan baby yang masih memakai sarung tangan.

Tengok laa...muka Mr Spongebob dah kena cekau dengan Aina.


Masa kunjungan bulan pertama dulu, nurse dah bagitau bahawa tak payah pakaikan sarung tangan untuk menggalakkan/mengaktifkan motor kecil iaitu jari-jari. Ini memang bertentangan dengan amalan orang dahulu, dimana ibu-ibu takut baby tu lukakan mukanya. Tapi, pengalaman I... I pastikan kukunya dipotong selang 3 hari. Alhamdulillah, tak ada calar di muka Aina.






Hidung si Tony ni pun dah kena cekau dengan Aina.

Tuesday, May 18, 2010

3 bulan sudah berlalu..

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik... semalam 18/5/10, dah 3 bulan usia Aina Farhana.


Inilah rupa Aina bila dah umur 3 bulan... badan dia dah agak kurus, sebab masa I mandikan dia, dapat rasa tulang rusuk dia. Dulu tak rasa. tapi sebab pipi dia yg chubby tu, tak nampak yg dia dah kurus.

Aina juga dah mula pandai mengarahkan matanya ke kamera bila nampak lampu camera. Kalau dulu dia selalu terkejut dengan flash, tapi sekarang dah tak berapa sangat....


Aina juga dah pandai bersembang... macam2 dia cerita kat abah dia setiap kali abah balik kerja. Panjang pulak tu cerita dia, siap dengan tangan-tangan lagi.

Tapi, Aina tetap tak suka meniarap...kalau tiarapkan dia, tak sampai 10 minit dah nangis. Mungkin nanti dia pandai sendiri laa kot...

Esok nak gi timbang dia, dan kena cucuk sekali.... I timbang kat rumah berat dia dalam 5.6kg. tak banyak naik berbanding masa umur 2 bulan berat dia 5.1kg, masa 1 bulan berat dia 4.2kg.



Thursday, May 6, 2010

Perjalanan pertama


Jumaat lepas, merupakan hari yg bersejarah bagi Aina dan juga bg diri I sendiri sebagai a new mother. First time nak travel jauh bawa baby. Kalau dulu, kami berdua, lagi setengah jam teksi nak datang, baru start packing..masih sempat lagi. Kini dengan kehadiran si kecil... I start packing sehari lebih awal.. barang2 Aina saja dah penuh satu luggage. Risau takut ada yg tak cukup. bila difikirkan balik...kelakar jugak.



yer, jumaat lepas, pertama kali bawa Aina balik ke KB by plane. Pertama kali la Aina naik plane. Ia merupakan satu pengalaman baru bagi kami bertiga. Alhamdulillah, atas plane Aina tak nangis. Mulanya risau jugak takut dia tak tahan dengan perubahan tekanan udara dalam kabin. Al maklumlaa usia Aina baru 2 bulan setengah masa tu. Alhamdulillah dengan bantuan CIk Google, I dapat tahu utk mengelak telinga baby berdengung akibat perubahan tekanan/ketinggian aras laut, ialah dengan suapkan susu kepada baby. Alhamdulillah, it works very well.

Tapi... Aina tak tahan dengan kepanasan di KB. Yer, cuaca di KB amatlaa panas. Harus diakui, I sendiri rasa tak tahan dengan cuaca panas dan belengas. Satu malam tu, terpaksa suruh suami start enjin kereta, buka aircond sebab Aina melalak sekuat2 hati. Lepas dah kena aircond, baru dia diam dan tertidur.... aduhhhh... susah la mama kalau Aina selalu cam ni huhuhuhu... Aina ni memang tak tahan panas, tak tau nak buat cam ner.....