Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, February 26, 2010

Cukur Jambul

Malam semalam, pertama kali Aina meragam. Biasanya dia baby yang baik, tak banyak kerenah...tapi semalam, entah kenapa dia tak mahu tidur sedari jam 10.30malam. Bagi makan sudah, tukar lampin sudah, check suhu badan sudah, check perut kot kot kembung..ok jer peut dia. Alahaiii kenapa laa anak aku ni.
Dalam jam 11.30 malam, I bawa Aina gi dapur, ramai berkumpul kat dapur sebab ada roti john. Cousin2 Aina, Cu Alin, Pak Su, Mak Tok, Ayah Long, Kak Fatin, Achik, Kak Anis, Kak Aleeya...meriah laa... Bila dah ramai dan bising, Aina diam kejap. Bagus, asyik bagi Aina jer makan, Mama Aina pun nak makan jugak. Mak tok tukarkan Aina dengan lampin biasa. Agak-agak jam 12.15malam, masa Mak Tok tukar lampin Aina, tup... tercabut pusat Aina..yeyyy....
Keesokannya (which is today), terus cukur rambut Aina biar botak. Ruam dah mula naik sebab rambut Aina tebal. Sekarang pulak, musim panas, asyik berpeluh jer kepala Aina. Patut laa naik ruam.
Alhamdulillah, pusat dah gugur, rambut dah cukur dan kuku dah potong.. petang tadi, Aina balik rumah Mama dan Abah....rumah kita. Home sweet home sweetie. Bermulalah sebuah kehidupan baru..kita bertiga.

No comments:

Post a Comment