Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, October 3, 2010

Dah pandai mengemas

Gambar lama: Aina ketika berusia 4 hari... fragile sangat... Ingat lagi, I dah hubiby sama2 pakaikan baju dia sebab takut tangan dia patah..hahahaha... nak masukkan sarung tangan pun terkial2 takut jari dia yg halus terseliuh. She was so tiny.

Kejap jer... Hari ni usia Aina dah 7 bulan setengah. Terasa macam baru jer dukung dia masa dia baru lahir dulu, she was very fragile, dan berat dia semasa lahir 3.2kg.

Sekarang, she is not fragile anymore... dah boleh duduk, merangkak malah berdiri tanpa bantuan. Berat dia pun dah 7.5kg... sekali ganda dari masa dia lahir dulu. Dah besar anak mama.


Dan dia amat lah aktif.... dah pandai buka kabinet TV, dah semalam, dah pandai buka laci... Good girl :)... Budak, kalau tak 'mengemas' rasanya tak normal kot. So, kiranya, sekarng ni I ada 'pembantu rumah baru' laaa...hahaha... pembantu yg tolong 'mengemas'.


Dah pandai selongkar dah... ubat nyamok tu cepat2 I ubah, sorok. I memang tak lepas kan dia main sorang2, at least I pandang dari jauh.



Kabinet TV pun dia dah pandai buka..hai laa anak kesanyangan ku. Satu lagi, dia suka sangat remote astro. Terpaksa laa beli satu untuk dia, tapi tak taruk bateri.

Keseluruhannya..pengalaman jaga Aina tak laa susah sangat. Dia tak pernah sakit, kecuali raya hari tu jer. Itu lah pertama kali dia sakit. Menangis pun...kiranya boleh toleren laa. Menangis bersebab/ bila perlu.


Keseluruhannya dia seorang bayi yang sihat. Badan dia bersemangat, tapi tak over weight. ramai yang tanya, I bagi susu apa? Mula2 dulu..I tak tau, I tanya sedara..dia kata dia bagi susu Enfalac kat anak dia. I tak tau Enfalac tu ada dua, Enfalac biasa dan Enfalac A+. Farmasi tu kasi Enfalac A+, I pun ambik jer laa. I memang tak tau harga pasaran susu baby masa tu, so I dont question much about the price. Alhamdulillah, Aina serasi dengan susu tu. Masuk dua bulan lebih, baru I tahu yg sedara I tu cuma bagi Enfalac biasa jer. Patut laa I rasa budget susu Aina amat lah tinggi, Enfalac A+, harga dia pun plus plus. Lepas tu I tukar ke Enfalac biasa, memandang kan Aina pun makin kuat minum susu. Tak mampu laa mama nak beli Enfalac A+. Alhmdulillah, masa tukar susu, tiada alahan juga pada Aina.


Masuk usia 6 bulan, kami tukar ker Enfapro (Langkah 2 untuk bayi 6 hingga 18 bulan). Makan pulak...susah sikit, Aina tak berapa gemar bubur nasi. Dia suka potato. I tukar2 laa, nasi, potato dan terbaru I bagi dia sweet potato..dia suka sangat sweet potato. Pada masa yg sama, I ajar Aina makanan segera heinz. Bukannya apa, abah Aina rajin travel, dan dia kalau boleh memang nak bawak anak dia ke mana pun dia pergi. Kalau duduk kat hotel, macam mana nak masak bubur nasi? I cuba bentukkan Aina jadi seorang yg versatile dari segi pemakanan. fav Aina nombor satu ialah mash potato KFC. Tapi I tak bagi selalu... sebab ada garam dalam mash potato tu, sekali sekala jer.


Sekarang ni, dah tak der masa nak online selalu. Aina dah semakin aktif dan kurang tidur.

Demam Raya



Tahun ini merupakan raya yg pertama bagi Aina, tapi malangnya, Aina demam dipagi raya. Mungkin sebab lama perjalanan dari KL-KB....12 jam. (Biasanya 6 jam saja). Tapi demamnya tak kuat. Nasib baik abang ipar seorang doktor, tak payah laa pergi klinik.



Tapi lepas tu diikuti dengan selsema, pun tak teruk jugak. I ingatkan OK laa sebab selama ni Aina ok jer, she is a strong girl. Tapi, masa balik ke Kedah, Aina dah mula meragam. Sekejap jer selsema dia dah baik, tapi pernafasan dia masih berbunyi. Balik ke KL, bawa dia check di klinik. Alahaiii...rupanya kahak masuk ke paru2.



Itu lah pengajaran buat I, selsema bukan penyakit yg boleh dianggap remeh. Once kahak dah masuk paru2, bahaya, boleh jadi asma. Dan, biasalaa kalau baby tak sihat, dia meragam.



4 hari berturut Aina dapat kan rawatan nebulizer...alhamdulillah, tadi doktor dah check, katanya paru2 Aina dah clear. Alhamdulillah....



Inilah pengalaman pertama I dengan baby yg sakit...memang memenatkan. She keep crying, but i dont know what is wrong.



OK laa Aina dah nagis lagi.... tak boleh cerita panjang2.

Thursday, September 23, 2010

Raya Pertama Aina

Tahun ni raya lebih bermakna sebab raya bertiga. Dengan adanya si kecil raya lagi meriah. Kalau dulu asik kena bagi duit raya kat anak orang, tahun ni dapat kutip duit raya juga...best. Er sebenarnya, bukan duit tu yg nak, tapi keseronokan tu yg utama
:)

Mok Tok dengan cicitnya, Aina... tomei tak Aina pakai baju kurung dan selendang?

.


Aina dengan Mama dan Aina dengan Abah.... rasa-rasa, Aina ada iras mama dan abah tak?

Kepada semua kawan2, diucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Tak dapat nak update banyak sebab masa raya dan lepas raya baby aina tak berapa sihat. Ni masa taip ni pun, dia duk atas riba mama.

Monday, July 19, 2010

5 month birthday

Usia Aina 5 bulan. Cepat saja masa berlalu, dah besar dah anak Mama.


Semalam, sempena birthday Aina yang ke-5 bulan, umi Hajrah belanja makan tengah hari di R0yale Chulan.

Thanks you very much umi Hajrah.... inilah emak angkat Aina. Dia nak Aina panggil dia umi. Aina ada mama, Aina ada umi.

Abah suapkan ice-cream kat birthday girl. Sikit jer, tak boleh banyak-banyak.. yg selebihnya, abah yg makan, okey.



Hidangan istimewa untuk Aina ialah kegemarannya, susu 3nfalac. Semua tak syedap, susu jugak syedap :p

Sebelum balik, Aina dah kepenatan dan kekenyangan, lantas tertidur ....daddy's girl.

Wednesday, May 26, 2010


Alhamdulillah, Aina dah pun berusia 3 bulan 1 minggu. Minggu lepas bawa Aina gi klinik untuk pemeriksaan bulanan. Berat Aina dah 5.7kg, sementara panjangnya pula 58.5cm. I suka ke klinik sebab dapat berbual-bual dengan ibu-ibu lain, dapat berkongsi pengalaman mereka. Yer laa..I dah tak ada emak, jadi I jaga Aina sendiri, berpandukan pada buku dan apa yang nurse bagitahu. Petua-petua orang tua, I memang tak berapa tahu. Ini laa masanya, I belajar dari ibu2 yg dah berpengalaman.

Rasanya, sepanjang pemerhatian I, baby-baby yang sebaya dengan Aina, Aina ialah antara baby yg besar. Orang keluar jer, I sibuk tanya, berapa berat baby you... I memang suker jadi tukang sibuk hehehehe.. Satu lagi, I perasan, baby yang tak dipakaikan sarung tangan dah boleh pegang benda. Berbanding dengan baby yang masih memakai sarung tangan.

Tengok laa...muka Mr Spongebob dah kena cekau dengan Aina.


Masa kunjungan bulan pertama dulu, nurse dah bagitau bahawa tak payah pakaikan sarung tangan untuk menggalakkan/mengaktifkan motor kecil iaitu jari-jari. Ini memang bertentangan dengan amalan orang dahulu, dimana ibu-ibu takut baby tu lukakan mukanya. Tapi, pengalaman I... I pastikan kukunya dipotong selang 3 hari. Alhamdulillah, tak ada calar di muka Aina.






Hidung si Tony ni pun dah kena cekau dengan Aina.

Tuesday, May 18, 2010

3 bulan sudah berlalu..

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik... semalam 18/5/10, dah 3 bulan usia Aina Farhana.


Inilah rupa Aina bila dah umur 3 bulan... badan dia dah agak kurus, sebab masa I mandikan dia, dapat rasa tulang rusuk dia. Dulu tak rasa. tapi sebab pipi dia yg chubby tu, tak nampak yg dia dah kurus.

Aina juga dah mula pandai mengarahkan matanya ke kamera bila nampak lampu camera. Kalau dulu dia selalu terkejut dengan flash, tapi sekarang dah tak berapa sangat....


Aina juga dah pandai bersembang... macam2 dia cerita kat abah dia setiap kali abah balik kerja. Panjang pulak tu cerita dia, siap dengan tangan-tangan lagi.

Tapi, Aina tetap tak suka meniarap...kalau tiarapkan dia, tak sampai 10 minit dah nangis. Mungkin nanti dia pandai sendiri laa kot...

Esok nak gi timbang dia, dan kena cucuk sekali.... I timbang kat rumah berat dia dalam 5.6kg. tak banyak naik berbanding masa umur 2 bulan berat dia 5.1kg, masa 1 bulan berat dia 4.2kg.



Thursday, May 6, 2010

Perjalanan pertama


Jumaat lepas, merupakan hari yg bersejarah bagi Aina dan juga bg diri I sendiri sebagai a new mother. First time nak travel jauh bawa baby. Kalau dulu, kami berdua, lagi setengah jam teksi nak datang, baru start packing..masih sempat lagi. Kini dengan kehadiran si kecil... I start packing sehari lebih awal.. barang2 Aina saja dah penuh satu luggage. Risau takut ada yg tak cukup. bila difikirkan balik...kelakar jugak.



yer, jumaat lepas, pertama kali bawa Aina balik ke KB by plane. Pertama kali la Aina naik plane. Ia merupakan satu pengalaman baru bagi kami bertiga. Alhamdulillah, atas plane Aina tak nangis. Mulanya risau jugak takut dia tak tahan dengan perubahan tekanan udara dalam kabin. Al maklumlaa usia Aina baru 2 bulan setengah masa tu. Alhamdulillah dengan bantuan CIk Google, I dapat tahu utk mengelak telinga baby berdengung akibat perubahan tekanan/ketinggian aras laut, ialah dengan suapkan susu kepada baby. Alhamdulillah, it works very well.

Tapi... Aina tak tahan dengan kepanasan di KB. Yer, cuaca di KB amatlaa panas. Harus diakui, I sendiri rasa tak tahan dengan cuaca panas dan belengas. Satu malam tu, terpaksa suruh suami start enjin kereta, buka aircond sebab Aina melalak sekuat2 hati. Lepas dah kena aircond, baru dia diam dan tertidur.... aduhhhh... susah la mama kalau Aina selalu cam ni huhuhuhu... Aina ni memang tak tahan panas, tak tau nak buat cam ner.....