
Jumaat lepas, merupakan hari yg bersejarah bagi Aina dan juga bg diri I sendiri sebagai a new mother. First time nak travel jauh bawa baby. Kalau dulu, kami berdua, lagi setengah jam teksi nak datang, baru start packing..masih sempat lagi. Kini dengan kehadiran si kecil... I start packing sehari lebih awal.. barang2 Aina saja dah penuh satu luggage. Risau takut ada yg tak cukup. bila difikirkan balik...kelakar jugak.
yer, jumaat lepas, pertama kali bawa Aina balik ke KB by plane. Pertama kali la Aina naik plane. Ia merupakan satu pengalaman baru bagi kami bertiga. Alhamdulillah, atas plane Aina tak nangis. Mulanya risau jugak takut dia tak tahan dengan perubahan tekanan udara dalam kabin. Al maklumlaa usia Aina baru 2 bulan setengah masa tu. Alhamdulillah dengan bantuan CIk Google, I dapat tahu utk mengelak telinga baby berdengung akibat perubahan tekanan/ketinggian aras laut, ialah dengan suapkan susu kepada baby. Alhamdulillah, it works very well.
Tapi... Aina tak tahan dengan kepanasan di KB. Yer, cuaca di KB amatlaa panas. Harus diakui, I sendiri rasa tak tahan dengan cuaca panas dan belengas. Satu malam tu, terpaksa suruh suami start enjin kereta, buka aircond sebab Aina melalak sekuat2 hati. Lepas dah kena aircond, baru dia diam dan tertidur.... aduhhhh... susah la mama kalau Aina selalu cam ni huhuhuhu... Aina ni memang tak tahan panas, tak tau nak buat cam ner.....




