Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 29, 2010

Lepas Pantang


Alhamdulillah, dah lepas 40 hari... dah lepas pantang dah.


Sejak I jadi Mama, soalan yg selalu ditanya kepada I ialah "Eh!! Tahu ker jaga baby?".


Jawapan yg selalu I bagi, "Entah laa.... tapi sampai hari ni, baby ni hidup lagi, kira OK laa tu kan :p..."

Ini mengingat kan I pada kata2 Pak Lang I. Setiap perempuan ada naluri keibuan... dah ada baby, tau sendiri laa cam ner nak buat. Yes, very2 true.

Aina lagiii


Setiap kali post mesti pasal Aina jer. Sebabnya, dia jer yang ada dalam fikiran I sekarang ni. Harus diakui, orang yang dah lama kawin tapi tak ada anak, tiba2 baru dapat anak..excited dia terover-over berbanding dengan orang yg kawin terus dapat anak.



Yer laa, 14 tahun mengidam... dah macam2 berangan, ni laa masanya nak implimentasikan apa yg di angan2 kan. Dah bermacam jenis sakit rasa dalam usaha nak dapatkan baby, so bila seian lama berusaha..bila dapat... rasanya BEST nyer. Alaaa... andainannya. macam orang repeat SPM 10 kali lah. Bila dah lulus... seronok macam nak panjat tiang bendera. Berbanding dengan orng yg amik SPM sekali dan lulus .... Cam tu laa rasanya.



Lagi satu, I rasa, berbanding dengan org yg masih muda dapat anak dan orang yg dah tua (macam I) dapat anak... lain. Org muda, masih ada keinginan nak bergaya utk diri sendiri, mengejar cita2..so excited terhadap baby tu agak kurang sikit (I rasa laa) sebab dia bercampur dengan rasa excited nak explore the world. Orang baya I ni... dah rasa semua tu masa muda2 dulu. Dari segi travel pun, dah merata I pergi.. so I rasa I dah puas kecapi dunia untuk diri sendiri. Bila baru dapat baby... it is really something new....new in everything. Sebab itu segala2nya ditumpahkan ke baby ni saja. Dia jer laa segala-galanya dalam hidup ni.



Thursday, March 25, 2010

Aina usia 5 minggu

Hari ni usia Aina 5 minggu.

Aina dah mula pandai pegang benda.... dah pandai ajak main.

Alhamdulillah, akikah untuk Aina dah disempurnakan.

Aina usia 5 minggu

Hari ni usia Aina 5 minggu.

Aina dah mula pandai pegang benda.... dah pandai ajak main.

Alhamdulillah, akikah untuk Aina dah disempurnakan.

p/s:banyak lg yg nak tulis, tapi Aina dah bangun tu.... now i know the word "tak ada masa" huhuhuhu

Monday, March 22, 2010

Aina 1 bulan


Hari ni usia Aina 1 bulan 4 hari.

Hari ini Aina mendapat suntikan Hepatitis B (2). Aina pergi dengan Mama jer sebab Abah kerja. Abah kena kerja sebab nak beli susu Aina. Aina suka minum susu supaya Aina cepat besar.
Hari ini, berat Aina hari ini ialah 4.2kg dan panjang 53cm. Hrmm good progress.

Pada hari Khamis lepas, masa Aina genap 1 bulan, Aina dah aqiqah. Abah buat aqiqah di Kemboja. Alhamdulillah, dah lepas hutang Aina.

Aina, antara baby yang paling banyak berjalan/travel by car.
  • Usia 3 hari, Aina travel balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

  • Seminggu di rumah Mak Tok, lepas tu Aina balik ke Setiawangsa.

  • Aina dah pergi IKEA masa usia dua minggu.

  • Aina dah 3 kali pergi JJ AU2.

  • Aina juga dah pergi ke KLCC.

  • Aina dah pergi rumah Cik Jan 3 kali, masa kenduri Cik Jan.

Sunday, March 21, 2010

One Month Already


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik...dah sebulan dah usia Aina. Sejak sebulan ni, semua entry I cuma pasal Aina, Aina dan Aina.... Nak buat camner, ini lah dunia I sekarang. 24 jam 7 hari seminggu, dok ulit si kecil ni jer. Yang lain semua dah tak best lagi. Yang ni jugak yang best.

Sekali lagi di panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kehadiran Aina mengeratkan hubungan me and my habibi because we are sharing the same 'toy'.

Penat memang laa penat.. tapi, bila tengok mimik muka dia, hilang semua penat tu.

Monday, March 15, 2010

Kenduri

Alhamdulillah, hari ni usia Aina 3 minggu 4 hari (25 hari)... kalau baby lain, usia 25 hari ni, kiranya masih dalam pantang, tak boleh keluar rumah. Tapi Aina.... hrmmm... dah pergi makan kenduri. Camner tu? Advance baby ni. Apa nak buat... semua orang gi kenduri, so kena laa heret si Aina ni sekali. Tak pergi kenduri pun tak patut jugak..
Sebelum pergi kenduri siap minum kasi dia kenyang dulu ....
Aina posing lentok dengan bunga duit mas kawin Cik Marjan.